Phone: +603-427-7244

Email:admin@narsco.com.my

Sasaran Terkini

Malaysia dengan amalan sistem ekonomi terbuka dan perdagangan bebas, di mana keadilan undang-undang dilaksana dengan adil berserta kestabilan politik yang berpanjangan sekaligus memberi peluang kepada sektor swasta untuk berkembang pesat ditambah lagi dengan galakan dan sokongan untuk menjadi Rakan Kongsi Sektor Awam dalam usaha merealisasikan matlamat utama negara ke arah melahirkan perpaduan, intergriti dan pembangunan nasional. Kerajaan telah berusaha untuk memajukan sektor swasta dengan mewujudkan Dasar Pengkorporatan serta Dasar Penswastaan Malaysia. Dan sebagai anjurannya tercetuslah keharmonian sebuah negara industri menjelang tahun 2020 - dasar pembangunan negara yang dikenali sebagai WAWASAN 2020. Dengan kerangkaan berserta fokus pemikiran yang sedemikian, ditambah lagi dengan rekod pertumbuhan ekonomi kasar negara secara purata 5 peratus setahun, pihak NARSCO berkeyakinan penuh yang ianya mampu menjadi sebuah badan korporat yang mantap dan teguh dalam menghadapi persaingan masa kini. Pihak NARSCO juga sedar bahawa untuk menggarap matlamat tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, ianya perlu melalui rintangan dan halangan yang kian mencabar. Untuk itu, beberapa agenda perubahan dan pelaburan telah dibuat agar penyelidikan dan pembangunan (R & D) ke atas pembaikan proses & produk pengeluaran, inovasi teknologi, penghalusan strategi pemasaran dan melahirkan tenagakerja yang cekap, mahir & berdayamaju dapat dilaksanakan. Dengan keyakinan sebegini disertai dengan azam dan iltizam tinggi berserta keredhaan Illahi, semua lapisan anggota NARSCO kini berada di ambang merealisasikan wawasannya selaras dengan dasar negara.

Hubungi Kami

Telephone: +603-42707244 /                            +603-42706631
Faks: +603-42706703 Email: admin@narsco.com.my
Website: www.narsco.com.my

No. 1- 8 Tkt. 5 Blok C,
Pusat Perdagangan Taman Dagang,
Taman Dagang 68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan

Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad.