Phone: +603-427-7244

Email:admin@narsco.com.my

Perutusan Pengerusi Narsco.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh


Sejajar merentasi arus globalisasi, saya selaku Pengerusi NARSCO berharap agar NARSCO terus berusaha mengorak langkah mengambil sebarang peluang yang ada di samping mengeratkan perpaduan jalinan mesra antara RISDA dan seluruh Koperasi Pekebun Kecil di Malaysia. InsyAllah berbekalkan modal insan dan usaha yang gigih ke arah pencapaian Koperasi akan berjaya walaupun pelbagai halangan perlu ditempuhi.

Saya juga berharap warga NARSCO khasnya dapat bersama-sama menyumbang ke arah peningkatan ekonomi Koperasi dengan berusaha tanpa putus asa dan berusaha mencari peluang-peluang perniagaan untuk menjana lebih pendapatan pada tahun ini. InsyAllah usaha kita akan diberkati olehNya nanti. Saya mengucapkan syabas kepada warga NARSCO kerana terdapat kakitangan yang masih setia bersama-sama NARSCO mengharungi pahit getir. Semoga NARSCO bertambah maju di masa hadapan.

InsyaAllah – “ Muafakat membawa berkat "

YBhg. Dato' Zamri Bin Yaakob 
Pengerusi NARSCO.

Hubungi Kami

Telephone: +603-42707244 Faks: +603-42706703
Email: admin@narsco.com.my
Website: www.narsco.com.my

No. 1- 8 Tkt. 5 Blok C,
Pusat Perdagangan Taman Dagang,
Taman Dagang 68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan

Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad.