Phone: +603-427-7244

Email:info@narsco.com.my

NARSCO BERHAD

NARSCO merupakan badan induk kepada Koperasi-Koperasi Pekebun Kecil (KPK) di peringkat Menengah (KPK Negeri) dan peringkat asas (KPK Daerah / Jajahan) yang berjumlah 64 buah termasuk 3 koperasi kakitangan RISDA dan 1 koperasi ladang.

Penubuhan institusi NARSCO berkonsepkan idea RISDA, atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, sebuah badan berkanun kerajaan yang bertanggungjawab, di antara lain, untuk mentadbir wang tanam semula getah, melaksanakan program penanaman semula serta memaju dan memodenkan sektor pekebun kecil getah dalam semua bidang.

Sejajar dengan fungsi tersebut, penubuhan NARSCO adalah satu mekanisma untuk merealisasikan hasrat RISDA dalam mempergiatkan penglibatan di bidang pembangunan dan pemodenan pekebun kecil untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui pergerakan koperasi.

 

NARSCO, National Rubber Smallholders Cooperative Berhad atau Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad, atau ringkasannya NARSCO, adalah sebuah koperasi peringkat kebangsaan yang didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) di bawah Ordinan Koperasi Akta 33 / 1948(Semakan 1983) pada 16 April 1981.

Hubungi Kami

Telephone: +603-42707244 /                            +603-42706631
Faks: +603-42706703 Email: admin@narsco.com.my
Website: www.narsco.com.my

No. 1- 8 Tkt. 5 Blok C,
Pusat Perdagangan Taman Dagang,
Taman Dagang 68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan

Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad.