Phone: +603-427-7244

Email:admin@narsco.com.my

Sasaran Terkini

Koperasi kini merupakan antara agenda penting kerajaan bagi menjana kekuatan ekonomi rakyat di dalam Rancangan Malaysia ke Dua Belas (RMK-12). Pelbagai dasar dibuat antaranya Pelan Strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030) dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021 - 2025 dengan tujuan untuk meningkatkan fungsi serta peranan koperasi dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Selaras dengan tujuan tersebut, NARSCO yang merupakan sebuah koperasi ApeX dan mempunyai tanggungjawab kepada ahlinya iaitu 64 Koperasi Pekebun Kecil (KPK) dengan jumlah keahlian pekebun kecil seramai 203,683, telah mempelbagaikan model perniagaan daripada input pertanian kepada perniagaan yang mempunyai margin keuntungan yang besar seperti bekalan sulur nanas secara besar-besaran, Kedai Hardware, Pengangkutan Kargo, Teknologi Maklumat dan Khidmat Perlancongan.

Dengan kerangkaan berserta fokus pemikiran yang sedemikian, ditambah lagi dengan rekod pertumbuhan ekonomi kasar negara secara purata 5 peratus setahun, pihak NARSCO berkeyakinan penuh yang ianya mampu menjadi sebuah badan korporat yang mantap dan teguh dalam menghadapi persaingan masa kini. Pihak NARSCO juga sedar bahawa untuk menggarap matlamat tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, ianya perlu melalui rintangan dan halangan yang kian mencabar. Untuk itu, beberapa agenda perubahan dan pelaburan telah dibuat agar penyelidikan dan pembangunan (R & D) ke atas pembaikan proses & produk pengeluaran, inovasi teknologi, penghalusan strategi pemasaran dan melahirkan tenagakerja yang cekap, mahir & berdayamaju dapat dilaksanakan.

Dengan keyakinan sebegini disertai dengan azam dan iltizam tinggi berserta keredhaan Ilahi, semua lapisan anggota NARSCO kini berada di ambang merealisasikan wawasannya selaras dengan dasar negara.

Hubungi Kami

Telephone: +603-42707244 Faks: +603-42706703
Email: admin@narsco.com.my
Website: www.narsco.com.my

No. 1- 8 Tkt. 5 Blok C,
Pusat Perdagangan Taman Dagang,
Taman Dagang 68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan

Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad.